Friday 8 February 2013

Katak bawah Tempurung Kepala

Mereka yg orang selalu panggil
'Budak Alim' (dari segi istilah ialah org yg sentiasa berjuang utk Islam dan berdakwah kpd generasi2 baru - dari segi bahasa ialah org yg berilmu - entah dr mana dtgnya istilah itu)

kebanyakan antara mereka,
sorry to say,
close-minded.
Bukanlah saya mengecilkan atau apa.
Tetapi...
ya, inilah yg saya mahu menasihatkan.

Close-minded atau peribahasa melayu
Katak di bawah Tempurung,
membawa maksud *lebih kurang*
tak mahu mengetahui dunia luar.

Ok, nak senang,
pabila berbicara tentang (paling senang) budaya KPop,
mereka mulalah mencebik dan memberi pandangan merendahkan mereka yg sedang berbicara.
Mengapa?
Teruk sangatkah KPop?
Ya, memang teruk pun, apabila melampaui batas.
Tapi orang yg sedang berbicara itu tidak teruk.
Apalah salahnya kita mendengar dgn penuh minat dan cuba menguasai ilmu budaya luar?

Faedah yg akan diperoleh ialah:
- Membandingkan budaya Islam dan budaya luar, seterusnya memberi pengajaran kpd generasi lain.
- Mendekatkan lagi diri dgn generasi lain dengan mengetahui minat mereka, maka mudahlah mereka mendengar ilmu yg dikongsi.
- dll

Jika tidak, jika kita masih mematuhi budaya mencebik dan adab sbg seorang Muslim perlu menjauhi maksiat,
bukan sahaja
- Islam akan jatuh (nauzubillah) kerana tidak mengajak orang lain menjauhi kemungkaran,
bahkan
- maruah Islam juga mampu jatuh kerana orang luar, mungkin sekali orang Islam yg kurang ilmu akan memandang rendah kpd kita kerana kita tidak mengikut trend (kata mereka) dan seterusnya mereka sendiri tidak mahu mendekati kita, apatah lagi mendekati Islam.

Jadi, marilah kita membuka tempurung kita di samping berlindung di sebaliknya,
atau dgn erti lain,
mula mempelajari tentang budaya luar di samping berperisaikan ilmu, iman, dan Allah.
katak di sebalik tempurung

Cara utk menguasai budaya luar tanpa melangkaui batas yg memungkinkan terhakisnya iman (nauzubillah) ialah:
- Mencari mana salahnya budaya tersebut
- Mencari mana kebaikan yg perlu ditapis utk dipraktikkan generasi baru
- dll

Sedangkan Raihan juga berkata,
"Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah,"
semua perkara tiada salahnya. Yang salah terletak pd penerimaan seseorang, sama ada kurang, normal, atau pun berlebihan.

Kesimpulannya,
fikir-fikirkanlah.
Saya tak suka terdengar penerimaan org terhadap Islam yang sebenar.
Saya tak suka org Islam sendiri memperlekehkan Islam yang sebenar.
Bagaimana saya boleh terdengar? Kerana mereka berada betul-betul di sekeliling saya.

Baiklah. Itu sahaja.
Post yg jarang sekali saya kemukakan.
Yg baik datang drpd Allah, terutamanya ilham saya ini,
dan yg jahat dtg drpd kamu HAHA (- ust. Aziz)
jk, drpd katak yg berada di bwh tempurung.
Harap maaf jika ada kesalahan.
Sekian.

p/s: Tajuk memang disengajakan. Tiada typo di situ.

No comments:

Post a Comment