Friday 13 December 2013

Geli

SPM dah habis.
Ya, SPM dah habis.
So semua org pun nak cakap psl
KAHWIN

Seriously?
Ya, ya, fine...
Sekarang, ramai org kahwin awal.
Kahwin awal bkn suatu masalah.
Rasulullah menggalakkan org kahwin utk elak maksiat.
Bercinta lepas kahwin bkn suatu masalah.
Lagi apa,
ayat tipikal org guna utk nak kahwin awal.

Well, aku pun bukan la anti kahwin awal pun
Tapi....
tapi.
Kau jangan pandang kahwin tu suatu perkara mudah boleh tak.

Kau (lelaki) seolah-olah memegang tanggungjawab ayah si perempuan.
Kalau dulu, ayah yg kena jaga anak perempuan,
dosa yg dibuat anak perempuan dipegang oleh ayah.
Anak perempuan nak pergi mana-mana, nak buat apa-apa,
semuanya tanggungjawab ayah.
Dan kau, lelaki.
Bila perempuan itu berkahwin,
kau la pulak yg kena jaga semua tu.
Ingat senang?
Kalau dapat perempuan sensitif, cerewet, banyak songeh,
kau sanggup layan?
Kalau tak layan, apa dia akan buat? Kau pun tak pasti.
Duit lagi...
Mana kau nak carik duit?
Mintak mak bapak?
Pinjam dr mak bapak?
Kau tu lelaki, kerja carik duit utk keluarga,
isteri, anak-anak, mak, ayah.
Bukan mintak mak ayah duit.
Stress sangat, lepas tu tiba-tiba TERlafazkan benda itu.
Susah kan.
Susah kan.
Serious, susah.
Kau pulak dgn bahagia nak melamar bagai.

Masalahnya bukan kahwin.
Ya, kahwin bukan masalah.
Tapi kau kena ada akal.
Kalau belum 18 tahun pun lagi, baru lepas SPM,
dah fikir psl kahwin, kahwin dan kahwin,
itu namanya belum cukup matang.
Lepas SPM kau mmg nak terus kahwin?
Taknak sambung belajar?

Dan perempuan....
Ok, aku malas nak cakap.
Setakat ni, aku tak dengar lagi perempuan lepas SPM yg mengada fikir psl kahwin dgn serius.
Ada tapi...
Well, perempuan bukan ketua keluarga,
bukan perempuan yg kena tentukan kahwin awal,
at least, keluarga.
So,......

Apa pun,
wahai lelaki yg baru nak matang yg fikir dah cukup dewasa padahal baru lepasan SPM,
sedarlah.
Kau bagaikan mangga hijau yg tak matang lagi, masam pulak tu.
Sedar diri sikit.

*Bajet gila aku ckp psl kahwin. Tapi itu kenyataan, kan?*

No comments:

Post a Comment